Halia merupakan salah satu jenis rempah ratus yang bukan sahaja banyak digunakan dalam masakan timur dan barat malah antara rempah yang terpenting diperniagakan di dunia. Tanaman ini berasal dari Asia Tenggara dan sekarang ditanam secara meluas di seluruh dunia. Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, getah dan kelapa sawit.

Sejenis pokok renek dalam keluarga pegaga yang sering dimakan sebagai ulam. Ia bersaiz lebih besar berbanding pokok pegaga lain. Jarang terdapat dijual di pasar.Ulam Pegaga sebagaimana tumbuhan herba hijau yang lain, kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protin, gentian, zat besi, vitamin A dan C.