|
|
comments (0)
|

Menikmati Keindahan Putrajaya di petang hari hehehe
Di Presint 2...
Menikmati padangan pada waktu lewat petang...
Pasangan bahagia...
|
|
comments (2)
|
Detik bersejarah buat julung kalinya dalam hidup... 1 mei 2009 yang lepas berlangsunglah majlis pertunanganku.. alhamdulillah.. majlis berlangsung dengan lancar... (macam la grand)
pertama skali mohon maaf pada rakan2 seperjuangan kerana tidak memaklumkannya.. dan sebagai penghargaan kepada rakan2 yang selama ini memberi sokongan yang tidak terkira, hanya ALLAH yang dapat membalas.. dan begitu juga kepada warga Sek Men Keb Sungai Pusu yang banyak membantu..Saya paparkan saat2 manis majlis pertunangan yeng telah berlangsung untuk dikongsi bersama kegembiraan...
Kepada cik Abang yang tersayang (Bani)..semoga kegembiraan dan kebahagian kita kekal dikongsi ke akhir hayat.. Semoga dilimpahkan kemewahan rezeki dan kesihatan yang baik untuk dirimu sekeluarga..
Terima kasih Abang..
Wsalam


Bersama keluarga pihak lelaki

Bersama bakal adik ipar

Sarung cincin (bakal mak saudara)

Bersama adik.

Dari kiri : Abah, Mak saudara, cikgu sila dan mak. Keluarga tercinta
|
|
comments (0)
|
Salam semua....salam Jumaat.. pantas masa berlalu.. sudah masuk bulan februari 2009...bila merenung diri masih adakah esok untuk ku...
hari-hari yang dilalui penuh kesabaran dan ketetapan dalam menempuhi ujian ALLAH.. betulkan??
mudahan kerja yang dilakukan diberkati oleh ALLAH..amin..
hari ni nak ke kelantan... teman kawan pulang ke rumahnya.. katanya ayah tak berapa segar...ermm rindu juga negeri lindungan bulan ni
...rindukan budaya dan masyarakat yang kuat dengan kenegeriannya.. kata orang tak kenal maka tak cinta.. itu laa tak tahu lah apa yang istimewa negeri tu.. tapi yang pasti jika ke rumah Pah (kawan) mesti akan ke pantai.. mungkin itulah terpanggil untuk aku ke sana... setiap kali pandang ke arah pantai rasa bebas sebebasnya.. hanya ALLAH yang tahu... rindu juga dengan anak-anak buah pah yang mengingati ku dan sering bertanya "bila cik la nok maghi" hehehe biasa la budak2.. layan jeee.
jadi hari nii aku akan ke sana hahahahahaha waaaaa bestnyeeee!!!!! YAHOOOO!!!
tata.
|
|
comments (0)
|
Selamat Menyambut Hari Wilayah..1 hb Feb 2009.. hari AHAD
Jadi Hari Isnin cuti di Putrajaya...hehehehe.. hai lepas je balik dari KLCC kaki sakit.. so on the way balik p la ALAMADA hehehe urut kaki ma... sedap tapi sakit nak mampus.. huhuhuhu lepas je urut rasa segar jeee... jadi kalau tak pernah pegi laa skali cuba.. bagus tau.. ni dah kali ke 4 dan aku pegi... ianyanya bagus jika selalu buat.. InsyaALLAH... nak jaga kesihatan ni jgn berkira duit... cegah sebelum dapat... kalau da sakit tak guna dah kawan2... hehehehe so apalah salahnya kalau mengorbankan skit je dari nak kuar 2 ke 3 ribu atau pun mungkin lebih...
setakat niii seronok jugak bila dibelai sesekali.. bukan ape.. nak pakai lama beb hehehehe ok laaa.. itu laa coretan untuk dikongsikan bersama.. hiasilah peribadi anda n happy sokmo k!!!!!
|
|
comments (0)
|
Di antaranya kewajiban kepada Rabb-nya, kewajiban
kepada orang tuanya, kewajiban kepada suaminya, kewajiban terhadap
anaknya, kewajiban terhadap kaum kerabatnya, kewajiban terhadap
tetangga, kewajiban terhadap saudara dan temannya, dan kewajiban
terhadap masyarakatnya.
wanita muslimah harus mendirikan
solat lima waktu tepat pada waktunya. Tidak melalaikan waktu-waktu
shalat tersebut kerana disibukkan pekerjaan-pekerjaan rumah tangga,
atau tugas sebagai ibu dan isteri. Sebab solat merupakan tiang agama,
siapa yang menegakkannya bererti dia menegakkan agama, dan siapa yang
meninggalkan-nya berarti dia telah merobohkan agama.
Shalat merupakan amal yang paling utama. Diriwayatkan Abdullah bin Mas'ud RA dia berkata: "Aku
bertanya kepada Rasulullah SAW apakah amal yang paling utama?" Beliau
menjawab, "Solat tepat pada waktunya." Aku bertanya, kemudian apa lagi?
Beliau menjawab, " Berbakti kepada orang tua." Aku bertanya, kemudian
apa lagi? Beliau menjawab, "Jihad di jalan Allah." (Muttafaq Alaih).
Wanita
muslimah yang taat tidak merasa cukup hanya melaksanakan solat wajib
lima waktu, tetapi juga melaksanakan solat-solat sunnah rawatib dan nawafil (sunnah secara mutlak), sesuai dengan kesempatan dan kesanggupannya, seperti solat dhuha dan solat tahajud.
Sebab solat-solat sunah ini dapat mendekatkan hamba kepada Rabb -nya,
mendatangkan kecintaan Allah dan redhaNya, menjadikannya termasuk
orang-orang yang soleh, taat dan beruntung.
Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadist qudsy Allah berfirman:
"Hambaku
sentiasa mendekatkan diri kepadaKu dengan melaksanakan solat-solat
nafilah hingga Aku mencintainya. Jika Aku sudah mencintainya, maka Aku
menjadi pendengarannya, dengannya dia mendengar, Aku menjadi
penglihatannya, dengannya dia melihat, Aku menjadi tangannya, dengannya
dia bertindak, Aku menjadi kakinya, dengannya dia berjalan. Jika dia
memohon kepadaKu maka Aku benar-benar akan memberinya dan Jika dia
meminta perlindungan kepadaKu maka Aku benar-benar akan melindunginya". (HR.Al-Bukhari).
Dan
hal-hal lain yang merupakan kewajiban seorang wanita muslimah, dan
jangan lupa memohon taufik kepada Allah untuk merealisasikan semua itu!
|
|
comments (0)
|

Kumenatap dalam kelam,
tiada yang dapat kulihat,
selain hanya namaMu, ya Allah....
Esok ataukah nanti,
ampuni semua salahku,
lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta,
Kau beriku bahagia,
jadikan aku selamanya...
hambaMu yang selalu bertaubat
Ampuniku ya Allah,
yang sering melupakanMu,
saat Kau limpahkan kuniaanMu
dalam sunyi aku bersujud.....
|
|
comments (0)
|

L ama tak menulis dalam blog ni.. nampak macam tak aktif kan??? heheheh
sebenarnya ada satu lagi blog itu laaa sana blog, sini blog, jadi ni la namanya yang 'digendong berciciran yang dikejar tak dapat'.... hehehehe.. tak pee.. yang penting sentiasa buat penambahbaikan...(kata-kata :Pengetua SMKSP) hehehe
Ada topik yang nak dikongsi.. semoga boleh dijadikan panduan...selamat membaca!!!
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan)
sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin
bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya
akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang
terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua
dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang
akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang
merbahayakan.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu'
dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".
# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan
bercahaya di akhirat.
|
|
comments (1)
|

|
|
comments (0)
|
Doa selepas solat Dhuha
Ya Allah, bahwasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu,
kecantikan ialah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu,
dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rizkiku masih diatas langit, turunkanlah,
dan jika ada didalam bumi keluarkanlah,
jika sukar mudahkanlah,
jika haram sucikanlah,
jika masih jauh dekatkanlah,
berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu. Limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang sholeh